ampunkanlah dosa-dosa kami & maafkanlah kesilapan zahir & batin kami.
Ya Allah,
ampunkalah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa keluarga kami, dosa masyarakat kami dan dosa seluruh umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
kami pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah S.A.W. & kami meminta perlindungan oleh Rasulullah S.A.W.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
kami pohonkan syurga tanpa hisab & berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya dapat melakukan segala perkara yang boleh membawa kami ke arahnya, selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami ke neraka..
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Engkau sahajalah yg mengetahui kelemahan diri kami zahir & batin, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman & amal, hidupkanlah kami dalam Islam & matikanlah kami dalam Islam.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
kami pohonkan kepadaMu Iman yg sempurna, ilmu yg manfaat, rezeki yang halal, anak yg soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yg berkat, doa yang mustajab, hajat yg tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, dan keselamatan di dunia & akhirat..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Engkau sahajalah yg mengetahui segala yang terbuku di hati kami, hidupkanlah hati ini & sampaikanlah hati ini kepada Engkau, sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami, selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji & jauhilah kami dari perkara-perkara yang boleh mematikan hati kami…
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
La hawlawala quuwata’illah billahil ‘aliyy al-’azim…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
jadikanlah hati kami yang sentiasa menyedari akan hakikat ketuhananMu, & kerajaanMu dan masa depan kami di akhirat nanti.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
jadikanlah kami hamba Mu yang mengabdikan diri kepada Engkau dengan sebaik-baiknya, berilah kekuatan, taufik & hidayah kepada kami supaya dapat kami melakukan segala yang diperintahkan oleh Engkau & meninggalkan segala apa yang dilarang oleh-Mu..
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
jadikanlah hati kami ini hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti & jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati…
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
hidupkanlah kami dalam Iman & matikanlah kami dalam Iman, Selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan Syaitan semasa kami menghembuskan nafas yang terakhir…