Jazakallahu Khairan

Wednesday, March 24, 2010

Perubahan Tarikh Qiam KRUKK.

PENGUMUMAN!!

Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Program Qiamullail yang seharusnya dilaksanakan pada minggu ini ditunda ke minggu hadapan atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah butirannya;
Tarikh : 3-4 APRIL 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 5 petang(3 APRIL) - 10.30 pagi (4 APRIL)
Tempat :Masjid Universiti Malaysia Sabah
Segala kesulitan amat dikesali. Pihak kami memohon maaf di atas perubahan masa dan tempat yang berlaku. Mohon bantuan sahabat-sahabat yang membaca untuk menyebarkan maklumat ini.

Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung terus kepada 014-8750783 ataupun 013-5509496.

Sekian, syukran jazilan

Sunday, March 21, 2010

Pencarian Lirik Lagu.

Assalamualaikum WBT

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,

Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.
Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)

-Ilmu kefahaman

-Keimanan atau ketakwaan

-Keikhlasan hati

-Amal yang benar

-Kesungguhan dalam kerja

-Pengorbanan dan kepatuhan

-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,

sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com(Pengarah program)

ATAU

yuyushira@ymail.com
(Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

Tuesday, March 16, 2010

Buat Sahabat KRU yang disayangi

Assalamua'laikum WBT
Salam Ukhuwah Fillah buat sahabat-sahabat KRU

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi, atas ketetapan tertentu, logo Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) telah mengalami proses transformasi. This is the latest one..
Harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali.
Syukran :)

Sunday, March 14, 2010

Kami Anak Soleh!!

KAMI ANAK SOLEH!!

Amiin~ Insya-Allah inilah wajah anak-anak soleh yang bakal menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah di Taman Kuala Menggatal khususnya.

Alhamdulillah program Anak Soleh yang dilangsungkan 2 hari 1 malam di surau al-Ikhwan Taman Kuala Menggatal anjuran pihak surau sendiri amat membanggakan. Inilah contoh masyarakat yang prihatin terhadap pengisian rohani buat anak-anak kecil. Nyata kuantiti bukan 1 penghalang dalam mendidik halus jiwa-jiwa kecil ini.Tahniah dan syukran jazilan kepada ahli Kelab Remaja Ukhuwwah dari pelbagai cawangan yang sudi menjual masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga Allah memberkati setiap genap waktu yang kita gunakan sepanjang berprogram. Insya-Allah~Berdiskusi di dalam bulatan ilmiah. Sememangnya anak-anak yang soleh. Mendengar kata dan arahan :) Terima kasih buat penganjur yang sudi menjemput dan mempercayai kami dalam melaksanakan keseluruhan aktiviti.

Saturday, March 13, 2010

Program Cuti Sekolah PSS-KRU.

Bersempena dengan cuti sekolah yang bakal tiba, beberapa aktiviti PSS-KRU bakal dijalankan bagi mengisi masa lapang sahabat-sahabat sekalian. Bagi yang berminat, berikut adalah butirannya;
1. Program Kem Induksi Pelajar 2010 (KIP 2010)

Tarikh : 15-16 Mac 2010
Tempat : Kampung Kobuni, Inanam
Penyertaan : Terbuka
Pengisian : Ceramah Kecemerlangan, Explorace, Kembara Kionsom, Barbeku dll
Yuran : RM15 sahaja
Download borang online atau hubungi 0198110964

2. Bengkel Wakil Rakyat

Tarikh : 17-19 Mac 2010
Penyertaan : Tertutup
Pengisian : Kemahiran Berucap, Kemahiran Pengurusan Organisasi, Pengenalan Asas
Undang-Undang, Pengenalan Struktur Pentadbiran Kerajaan Negeri, Slot Bersama
Rakyat dll
PIC : Saudara Nadir Al-Nuri

3. Mesyuarat Agung PSS

Tarikh : 20 Mac 2010
Penyertaan : Terbuka
PIC : Saudara Renifezri Mohd

Sebarang maklumat / pendaftaran hubungi 0198110964 atau PIC program. Syukran.
Jom, memaksimakan cuti sekolah dengan aktiviti penjanaan minda!

Friday, March 12, 2010

Iklaneka: Kem Anak Soleh Taman Kuala Menggatal.

Kem Anak Soleh Taman Kuala Menggatal akan diadakan pada 13 – 14 Mac 2010 di Surau Al-Ikhwan, Taman Kuala Menggatal. Semua ahli KRU dan PSS dijemput memeriahkannya bersama remaja setempat. Tentatif program adalah seperti berikut;


13 Mac 2010 ( Sabtu )

6.30 petang :

Solat Maghrib

Pendaftaran

Kuliah Maghrib

Solat Isya’


8.00 malam :

Makan malam

Pembahagian Kumpulan

Sesi Suaikenal (Modul : Ku Mengenalimu Lebih Daripada Yang Kau Tahu)

Latihan Dai’e Kecil 1 – ‘Kami Terhebat!’


8.45 malam :

Perkongsian 1 – ‘5 Cinta’


9.30 malam :

Slot Muhasabah – ‘Mencari Jalan Pulang’


10.30 malam :

Taklimat Adab-Adab Tidur

Bahtera Mimpi



14 Mac 2010 ( Ahad )


3.30 pagi :

Qiamullail dan Zikir Munajat


5.00 pagi :

Solat Subuh

Kuliah Subuh


6.00 pagi :

Riadah (Modul : Ukhwah Islamiyyah)

Senaman / Jogging Zikir


7.15 pagi :

Sarapan Pagi dan Khidmat Diri


8.00 pagi :

Perkongsian 2 – ‘Remaja Hari Ini’

Latihan Dai’e Kecil 2 - ‘Graf Kehidupan’


10.00 pagi :

Minum Pagi


10.30 pagi :

Perkongsian 3 – ‘Cemerlang Dengan Islam’


12.00 tengahari :

Solat Zuhur

Makan Tengahari dan Bersurai


Untuk maklumat lanjut hubungi Shahfieq - 0148750783

Sumber: Persatuan Siswazah Sabah

Wednesday, March 10, 2010

Kem Remaja Islam Kembali!

Tarikh: 05-07 March 2010
Tempat: SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang
Aktiviti: Kem Remaja Islam

Alhamdulillah dengan usaha gigih dari pihak Persatuan Siswazah Sabah dan turut dibantu Kelab Remaja Ukhuwwah, Kem Remaja Islam(KRIS) yang dijalankan pada tahun ini berjaya menjadikan SMK Datuk Peter Mojuntin, Penampang sekolah pembuka tirai. Program KRIS yang diadakan setahun sekali di setiap kawasan masih teguh dilaksanakan dengan objektif, visi dan misi tersendiri.Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memantapkan pemahaman adik-adik peserta soal aqidah, ibadah, akhlak dan seterusnya penjiwaan dalam menjadi insan yang mengamalkan Islam secara berterusan dalam kehidupan seharian. Antaranya, kuliah yang disampaikan penceramah berpengalaman, LDK dan slot perkongsian bersama fasilitator, explorace dan malam muhasabah.Perarakan sempena maulidurrasul dari pintu pagar sekolah hingga dewan utama DPM turut diadakan sebagai pembukaan kepada majlis penutupan.PSS turut diberi kepercayaan menyampaikan ceramah maulidurrasul yang disampaikan oleh sdra. Muhammad Nadir al-Nuri juga selaku ketua fasilitator.Turut tidak ketinggalan pembukaan gerai jualan dan pameran dari pihak PSS dan KRU sendiri. Sebelum bersurai, pihak yang berminat boleh langsung menziarahi tapak pameran.Istimewanya program kali ini, peserta turut terdiri daripada adik-adik yang cacat pendengaran. Tersentuh hati penulis melihat kesungguhan adik-adik istimewa ini dalam mendalami ilmu. Walaupun tidak mampu mendengar dan bersuara, nyata hal itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bertanya dan memahami pengisian.

Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kamu dustakan?
(Ar-Rahman, 61)

Justeru, tidak ada alasan buat kita yang sempurna berlengah-lengah untuk mendalami kesyumulan Islam. Bertanya dan carilah ilmu selama mana nikmat hidup Allah masih pinjamkan. Alert dan nantikan Kem Remaja Islam di kawasan anda!

Friday, March 5, 2010

Jari Ada 5?

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

P/S: Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Di manakah kita sekarang..?

Mahu Berjaya, Kena Berubah.

[ubat+hati.jpg]
1. MENYALAHKAN ORANG LAIN
Ini boleh dikategorikan sebagai penyakit P dan K, iaitu Primitif dan Kekanak-kanakan. Menyalahkan orang lain adalah cara pemikiran orang primitif. Di pedalaman Afrika bila ada orang yang sakit, perkara pertama yang dipikirkan

"Siapalah yang menyihir c Fulan ni?"

Selalu "siapa", bukan "apa" penyebabnya. Bidang kedoktoran modern selalu mencari "apa" penyebabnya, bukan "siapa". Jadi bila kita berpikir menyalahkan orang lain, itu sama dengan sikap primitif. Kekanak-kanakan. Kenapa? Anak-anak selalu tidak pernah mahu disalahkan. Kalau ada piring yang jatuh, "Adik yang salah", atau sebagainya. Kalau kita manusia yang berakal dan dewasa selalu akan mencari sebab terjadinya sesuatu.


2. MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
Menyalahkan diri sendiri bahawa dirinya merasa tidak mampu. Pernah mengalaminya? Kalau anda memberitahu tidak pernah, bererti anda bohong.

"Ah, orang itu boleh, orang itu kaya, orang itu dapat naik pangkat dan sebagainya, Lihat saya ini ada apa?"

"Wah saya tidak dapat jadi seperti dia. Dia punya ijazah, saya hanya diploma. Dia ada banyak waktu, saya sibuk, sudah pasti tidak boleh".

Penyakit ini seperti kanser, bertambah besar, besar di dalam mental diri sehingga boleh mencapai "improper guilty feeling". Penyakit ini perlahan-lahan boleh membunuh kita. Merasa "inferior", kita tidak punya kemampuan. Kita sering membandingkan kejayaan orang lain dengan kekurangan kita, sehingga kejayaan orang lain dianggap Wajar kerana mereka mempunyai sesuatu kelebihan yang kita tidak punya.


3. TIDAK PUNYA GOAL/CITA-CITA
Kita sering terpaku dengan kesibukan kerja, tetapi arahnya tidak jelas. Sebaiknya kita selalu mempunyai target kerja dengan milestone. Buat target jangka panjang dan jangka pendek secara bertulis. Kalau "GOAL" kita hanya untuk "FUN", bagi mengisi waktu saja, hasilnya cuma biasa-biasa saja.

4. MEMPUNYAI "GOAL", TAPI SALAH MENCAPAINYA
Biasanya dialami oleh orang yang tidak "teachable". Goalnya salah, fokus kita juga salah, jalannya juga salah, arahnya juga salah. Ibarat seorang yang mahu kaya, lalu dia pergi merompak bank yang akhirnya di tangkap polis dan dipenjarakan.

5. MENGAMBIL JALAN PINTAS, SHORT CUT
Kejayaan tidak pernah dicapai dengan jalan pintas. Jalan pintas tidak membawa orang ke kejayaan yang sebenarnya, "real success", kerana tidak mengikuti proses. Kalau kita menghindari proses, kejayaan yang dicapai tidak sempurna.

6. MENGAMBIL JALAN TERLALU PANJANG, TERLALU SANTAI
Analoginya begini : Kapal terbang untuk membolehkannya take-off, harus mempunyai kecepatan minimum. Pesawat Boeing 737, untuk membuat take-off, memerlukan kecepatan minimum 300 km/jam. Jikalau kecepatan dia cuma 50 km/jam, manakan dapat untuk pesawat tersebut membuat take-off.

7. MENGABAIKAN HAL-HAL YANG KECIL
Dia mahunya yang besar-besar, yang hebat, tetapi hal-hal kecil tidak dilalukannya. Dia lupa bahawa struktur bangunan yang besar, pasti ada komponen yang kecilnya. Mahu saja yang hebat. Mengabaikan hal kecil saja tidak boleh, apatah lagi mengabaikan orang kecil.

8. TERLALU CEPAT MENYERAH
Jangan berhenti kerja pada masa percubaan 3 bulan. Bukan membuat kesalahan menjadikan seorang itu gagal tetapi berhenti pada tempat yang salah, jika kita membuat kesalahan, kita boleh memperbaikinya tetapi jika kita berhenti di tempat yang salah kita akan menyesal.

9. BAYANG-BAYANG MASA LALU
Kita selalu dipenuhi oleh memori kan? Apa yang kita lakukan, masuk memori kita, minimal sebagai pertimbangan kita untuk langkah kita berikutnya. Apalagi kalau kita pernah gagal, tidak berani untuk mencuba lagi. Ini berkaitan dengan penyakit nombor 3. Kegagalan sebagai akibat bayang-bayang masa lalu yang tidak terselesaikan dengan semestinya. Itu bayang-bayang negatif. Memori kita kadang- kadang sangat membatasi kita untuk maju ke depan. Kita kadang-kadang lupa bahawa hidup itu maju terus. "Waktu" itu terus berjalankan? Semuanya berjalan, hidup kita pun terus berjalan juga. berlari saja ke depan, kalaupun harus jatuh, pastikan jatuh ke depan. Orang yang berjaya, pasti pernah gagal. Itu memori negatif yang menghalangi kejayaan.

10. MENGHIPNOTIS DIRI DENGAN KEJAYAAN
Biasa disebut "Pseudo Success Syndrome". Kita dihipnotis dengan itu. Kita kalau pernah berjaya dengan kejayaan kecil, terus berhenti, tidak kemana-mana lagi. Sudah puas dengan kejayaan kecil tersebut.

Napoleon pernah menyatakan: "Saat yang paling bahayakan datang bersama dengan kemenangan yang besar".

Itu saat yang paling membahayakan, kerana orang lupa dan mabuk kemenangan. Jangan terjebak dengan goal-goal hasil yang kecil, kerana kita akan menembak sasaran yang besar, goal yang jauh. Jangan berpuas diri, jangan jadi sombong, terus takabur.


-Sumber-

Tuesday, March 2, 2010

Qiam KRUKK Kali Ke-2, 2010.

Salam Tautan Kasih Illahi Buat pengunjung blog KRU

Alhamdulillah, pada 27 dan 28 Februari 2010 sekali lagi Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu berjaya tampil dengan program Qiamullail bulanan yang bertemakan Ikhtilat. Program yang dirangka dengan bantuan Persatuan Siswazah Sabah telah berjaya menarik minat seramai 119 peserta muslimat dan 62 peserta muslimin yang terdiri daripada pelajar-pelajar di sekitar Kota Kinabalu. Antaranya SMK Tobobon, SMK Bandaraya, SM Shan Tao, SMK Inanam, SMK Kolombong, SMK Putatan, SMK Likas, SM Perempuan likas dan SMK Sanzac. Jutaan terima kasih dan sekalung penghargaan buat ahli-ahli KRU yang sudi melibatkan diri menjayakan program ini.
Pengisian mantap mengupas fiqh ikhtilat, pandangan ikhtilat menurut Islam, hukum dan adab-adab berikhtilat yang disampaikan melalui kuliah dasar menjadi tulang belakang kepada pengisian program kali ini. Tambahan lagi, kuliah "Fitrah yang menjadi Fitnah", malam penghayatan dan pengisian Maulidurrasul turut tidak terkecuali menjadi daya penarik sepanjang aktiviti berlangsung. Semoga ilmu baru yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Justeru, pihak KRUKK memohon maaf kepada seluruh pihak sekiranya ada yang terguris hati sepanjang mengikuti program KRUKK. Sebarang pandangan dan cadangan untuk penambahbaikkan dari semua pihak amat kami alu-alukan ;)

Jumpa lagi di program KRUKK pada masa akan datang ^_^