Jazakallahu Khairan

Sunday, October 18, 2009

Program Siraman Rohani KRU KK + Rumah Terbuka PSS


Alhamdullilah~ program KRU bulanan berjaya dilaksanakan lagi pada bulan ini dalam kesederhanaan. Bulan ini pihak jawatankuasa sepakat mengadakan rehlah untuk kali ke-3 tahun 2009 setelah mendapatkan nasihat daripada PIC kawasan.

Peserta program diberi penghayatan mengenai segala nikmat kurniaan Allah melalui beberapa aktiviti. Juga paling menyeronokkan adek-adek peserta turut berpeluang berdialog sambil mengedar risalah kepada mad'u ditapak program melalui XPDC Dakwah.

Walaupun berhadapan dengan beberapa kesulitan, aktiviti tetap berjalan lancar. Thank You Allah kerana menyerikan hari kami dengan kedamaian hujan yang renyai, irama ombak berlagu memukul pantai juga makanan yang penuh nikmat kelazatan.

Sekalung penghargaan buat para AJK dan peserta yang sudi menghadirkan diri ke Rehlah Siraman Rohani KRU + Rumah Terbuka PSS. Walaupun masing-masing sibuk berhadapan dengan musim peperiksaan, pengisian berbentuk rohaniah turut tidak diabaikan :)

Syukran kasih dan sayang kepada warga PSS yang banyak memberikan tunjuk ajar serta sokongan padu yang berterusan sepanjang membentuk jiwa kami agar istiQomah menabur benih Islam di bumi Sabah ;)

Selamat berjaya khas buat sahabat KRU!

2 comments:

Arrharatnasari Kachong Ma'arof said...

salam mahabbah buat semua ahli KRU..

rindu rasanya ingin berjumpa,namun ada halangan yang memisahkan..
tahniah buat semua!teruskan perjuangan dan jangan pernah merasa kalah.
InnaAllaha ma'akum!

salam rindu dari kejauhan..=)

Nashrah Basyirah said...

Salam d hulur kmbali :)
Allah, rindunya pd shbt yg sorg ni.
lma xgrk krja sma.

insyAllah.syukrn ats dorngn.enti bnyk tlg wlupn jauh d sna hehe..
bt yg brada d kjauhan, smga hati kta sntiasa d himpunkn pd jln mnuju redhaNya.

salam prjuangan d bumi sbrng.
salam syg kmi kirimkn :)