Jazakallahu Khairan

Thursday, April 30, 2009

Basikal dan Puteri.

Mohon bantuan daripada sahabat-sahabat yang membaca. Layari blog ini untuk mengetahui punca bantuan derma diprlu kn :)

http://nurilhakim.blogspot.com/

Berkenaan Program Puteriku Sayang dan Elfion(pesakit jantung).

Masih berfikir?

Teringat pada pengalaman sewaktu memohon derma untuk menjalankan sebuah program.

"Kakak bukan apala kan dek, tapi kenapa juga kamu mau buat program kalau teda duit?"

Yai. Kakak sorang ni. Bagaimana mahu jelaskan kembali?

"Sabar. Mungkin kakak ni kurang faham." Bisik dalam hati.

Mohon pada sahabat-sahabat agar tidak berfikiran seperti kakak ni.huhu.Inikan tanggungjawab kita bersama.

Ada sebuah kisah,
Saya pernah bertemu dengan seorang remaja perempuan yang boleh dikatakan kurang menitik beratkan soal penjagaan aurat. Ditambah dengan kelakuannya yang agak ganas. Buktinya, si gadis ini sanggup membaling garfu kearah adik perempuannya sendiri. Akibat keterlanjuran adiknya berkata-kata, ini sekaligus memaparkan sikap negatif dalam diri remaja tersebut. Adik yang bru berusia 6 tahun, tidak mengetahui apa-apa itu terdiam lantas menangis apabila darah sedikit demi sedikit mengalir membasahi dahinya. Mengapa remaja tersebut berkelakuan sedemikian? Marah? Geram? Terhadap adik kecil yang tidak sempat mendapat sebarang penjelasan terus menerima habuan.

Siapa yang patut dipersalahkan? Ibu bapa remaja tersebut yang kurang memberi pentarbiyyahan kepada anak mereka? Salah datuk dan nenek remaja tersebut yang kurang menunjukkan adab-adab sesama makhluk kepada kedua org tuanya? Salah moyang kepada moyangnya? Ataupun salah saya yang hanya duduk diam memerhatikan tindakan gadis belasan tahun itu?
Tidak perlu salahkan sesiapa dlu.

Bayangkan, seandainya sikap seperti remaja ini akan menjadi sikap golongan majoriti di muka bumi pada tahun 2015, apa yang akan terjadi kepada dunia? Adakah dunia akan didiami oleh generasi manusia yang tidak bermata? Ataupun muka yang penuh dgn kesan-kesan luka? Pada tika itu barulah ibu bapa sibuk mendidik anak-anak supaya tidak bermain dengan garfu.

Pada hakikatnya, ia tidakla seteruk mana jika dibandingkan dengan remaja-remaja kegersangan ilmu pengetahuan agama di luar sana. Saya cuma meminjam hal garfu sebagai contoh. Bagaimana seandainya dunia 1 hari nanti dipelopori dengan sikap manusia yang sebati dgn zina? rokok? buli? ponteng? Fikir-fikirkn.

Secara langsung program sebegini sememangnya untuk menyelamatkan akidah beserta anak-anak puteri dari terus terseleweng dari jalan yang sepatutnya. Secara tidak langsung pula, ini turut sama memberi sumbangan besar kepada pengaruh masyarakat dan dunia. Fikir-fikirkan lg.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hampir setengah jam menekan keyboard. Yang jelas tujuan posting ini berharap agar pembaca sudi menderma untuk kebaikan kita bersama :)

Dakwah dan bantuan kebajikan perlu berterusan. Jika tidak kita siapa lagi? Jika anda tidak mampu memberi tenaga krja, kewangan pun boleh ba.

Tiada RM1? Nda pa, RM50 juga diterima. Duit yang hendak disalurkan mencecah ratusan? Boleh terus melalui akaun bank. Lagi tinggi yang anda sumbangkan, lagi tinggi nilai saham yang anda bakal miliki diakhirat kelak. Pasti seronok memiliki harta yang kekal selamanya :)

Tolong sebarkan.

No comments: