Jazakallahu Khairan

Sunday, April 11, 2010

Malaysia dan makhluk ke-4.

Mutakhir ini kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi. Rupanya bumi sudah mula didiami makhluk ke-4 selain manusia, haiwan dan tumbuhan. Jenis makhluk apalah yang bersifat teruk mengalahkan keganasan sang haiwan di hutan Amazon. Hai dunia hari ini, seiras rupa masyarakat di zaman kegelapan dahulu kala.

Baru-baru digemparkan lagi dengan kes terbaru,
Bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam tong sampah di Rawang 11 APRIL 2010 oleh pekerja syarikat kutipan sampah. Apalah punca yang melunturkan sifat keibuan seorang manusia sehinggakan bayi tidak berbalut dosa ini ditinggalkan berbalut surat khabar.

Mungkin individu yang belum bersedia menjadi ibu/bapa ini menunggu keprihatinan seekor gorila untuk mengutip anaknya dan kemudian dibesarkan di dalam hutan persis 'Tarzan' dalam cerita dongeng.*sigh*

Cukupkah sekadar mengkritik? Masyarakat ramai hanya tunggu, tunggu dan terus menunggu kes seterusnya..atau sudah memulakan langkah ke tahap pencegahan seterusnya?Allah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluk ciptaanNya. Kembalilah kepada undang-undang yang telah Dia tetapkan.

Sebelum Terlena

Muhasabah sebelum memelapkan mata

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Sunday, April 4, 2010

Mesyuarat Agung KRUKK kali ke-3 + Qiam KRUKK bulanan

Tarikh: 03-04 APRIL 2010
Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah


Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) Kota Kinabalu sekali lagi dengan izinNya berjaya mengadakan program qiamullail untuk kali yang ketiga pada tahun 2010. Tema yang menjadi pilihan pada kali ini adalah "Dakwah".

Para peserta yang hadir di'isi'kan dengan ilmu-ilmu berkenaan dakwah secara teori. Kuliah dasar yang disampaikan oleh timb. presiden Persatuan Siswazah Sabah sendiri iaitu sdra. Mohammad Nadir al-Nuri cukup untuk membuka minda para hadirin untuk memahami tuntutan dalam berdakwah merangkumi adab-adab dan ciri-ciri seorang daei. Di samping itu, slot 'Mengajak Kebaikan, Mencegah Kemungkaran' yang disampaikan oleh sdri. Nik Nurul Syuhada' turut memberi ruang kepada para hadirin untuk lebih memahami konsep dakwah sebenar.
Pada program kali ini KRUKK juga telah mengadakan agenda khas iaitu Mesyuarat Agung Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu Kali Ke-3 bagi memperkenalkan pucuk pimpinan KRUKK yang baru sesi 2010/2011.
SPR menjaga kelancaran semasa sesi undian dilakukan.

Untuk pengetahuan, berikut adalah pimpinan KRUKK bagi sesi 2010/2011.
Majlis Tertinggi:

Pengerusi: Mohd. Shahfieq bin Sabdin

Timb. Pengerusi: Nurul Insyirah binti Sunoto
Setiausaha Agung: Rusneyni Rumzi
Bendahari: Nur Suhaila Lani

AJK pelaksana:


Muslimin
1. Mohd. Hannafi bin Mohd. Muktah
2. Zainald bin Zainuddin
3. Muhammad Aiman bin Osman
4. Azmeer bin Zainuddin

Muslimat

1. Irawan Ridduan
2. Nur Hidayah binti Zamdee
3. Nurul Huda Maidin Li
4. Syaza Syafeeqah
Semoga amanah yang diberi dapat dijalankan dengan sebaiknya bagi melahirkan remaja Islam yang lebih berkualiti. Diharap pimpinan baru kali ini dapat membuat perubahan dalam meningkatkan kualiti KRUKK, di samping menyambung matlamat KRU meluaskan empayar khususnya di kawasan Kota Kinabalu. Tahniah buat insan yang terpilih! Insya-Allah, jumpa lagi diprogram akan datang..

Belakang dari kiri: Suhaila, Huda, Rusneyni, Insyirah, sdri. Azie (PIC), sdri. Syuhada'(PSS), Hidayah
Depan dari kiri: Aiman, Hannafi, Shahfieq, sdra. Al-Amin (PIC)