Jazakallahu Khairan

Monday, September 28, 2009

Ziarah dan laporan ringkas di Eid Fitri.

Salam buat semua.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
ehem.
Alhamdulillah~ Dalam sedar ataupun tidak cuti mulai kepenghujungnya. Berikut adalah beberapa laporan raya pada tahun ini disertakan gambar-gambar yang diminta oleh sesetengah pihak untuk di'post'kn ke dalam blog. Dengan izinNya, saya penuhi. Mohon maaf atas beberapa kekangan yang menyebabkan kelewatan.
Rumah pertama yang saya kunjungi setelah balik dari Sandakan adalah rumah Ukhti Izati pada raya ke-3 bersama dengan sahabat-sahabat KML yang sangat dirindui.


Diikuti dengan rumah guru-guru sekolah dan sahabat-sahabat Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) yang berhampiran pada raya yang berikutnya.

Raya ke-5, saya dan adik-beradik telah menjemput kenalan masing-masing untuk berziarah ke rumah. Jutaan terima kasih buat mana-mana pihak yang sudi menghadiri majlis ala kadar tersebut :)


Selepas solat maghrib, beberapa ahli KRU yang tinggal meneruskan ziarah raya di rumah ust. Hamir dan kemudiannya melawat seorang adik KRU yang ditimpa kecelakaan jalan raya pada raya ke-2 baru-baru ini. Mangsa memilih untuk melanggar bukit daripada terjunam ke dalam gaung. Pelanggaran yang hebat itu mengakibatkan kereta yang dipandu ter'putar'(err..) 2 kali sebelum kembali pada keadaan asal. Mangsa kejadian hanya mengalami kecederaan luaran dan kesan lebam pada badan. Alhamdulillah masih boleh meneruskan perjuangan dan dilaporkan tidak terdapat sebarang masalah dalaman ataupun mental seperti trauma yang melanda mangsa.


Parut di mata sebelah kanan sebagai bukti

Dinasihatkan kepada mana-mana individu yang berkebolehan memandu kereta, pandulah dengan cermat. Jangan gopoh untuk cepat sampai ke destinasi. Untuk keselamatan, perlulah memiliki lesen memandu juga lesen ibubapa. Jangan abaikan alat keselamatan yang telah disediakan di dalam kereta seperti belt keselamatan. Doa dan mohon pada Allah agar selamat tiba ke destinasi. (Pengajaran kepada empunya blog juga).

Seterusnya, raya ke-6 masing-masing bercuti akibat kekangan dari keluarga dan hal masing-masing.

Berikut pula adalah gambar ketika berada di rumah Ust Nahar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh wakil PSS khas untuk kanak-kanak yang hadir bagi membantu Ust. Nahar menjaga kelancaran sepanjang reunion keluarga beliau.


Mewarna


Pecahkan belon


Masukkan getah ke dalam botol menggunakan pen


Nyanyian khas daripada Nazrey

Fleksibel dalam menjalankan tugas

srikandi yang juga banyak menghulurkan tenaga terutama di bahagian dapur

p/s: Maaf Umi Syu dan ukhti has atas kelewatan. Blog sudah masuk, pendrive akan di beri kemudian. :)

No comments: