Assalamua'laikum wbt buat pengunjung yang dirahmati.
Pertama dan selama-lamanya, syukur ke hadrat ilahi kerna dengan izinNya sehingga usia dan tika ini kita masih diberi peluang untuk menghirup dan menghembus udara dengan percuma. Pejam celik, sempat juga Ramdhan ke-25 kita raihkan. Tinggal beberapa detik lagi Ramdhan bakal berakhir. Sudahkah kita memanfaatkannya? Tanyakan pada diri.
Agak lama blog ini menyepi. Saya intai kembali objektif sebenar blog ini diadakan. Mungkin sekadar ruang luahan atau maklumat, dan beberapa kemungkinan yang berkenaan. Yang pasti untuk selalu meng'update' blog ini bukan rutin yang terutama. Mujur cuti raya diambang terbit. Berkesempatan juga untuk saya bersiar-siar di ruang maya.
Menjejakkan diri ke alam tingkatan 6 memang agak sukar. Saya mulai merasakan bahang ke'sibuk'an dan ke'berat'an sedikit demi sedikit. Assigment yang diberi tidak pernah putus. Presentation, belum termasuk ulangkaji dan task. Bagi yang berniat untuk menjinak-jinakkan diri ke alam tingkatan 6, dinasihatkan agar mengambil 8 gelas besar kekuatan mental dan fizikal setiap hari berlainan pagi dan malam. Bukan berniat untuk menakut-nakutkan tapi itulah hakikatnya. Apapun, saya lebih seronok memilih jalan ini berbanding jalan-jalan yang lain. Bervariasi input baru yang saya perolehi. Tidak bermaksud untuk merendah-rendahkan mana-mana pihak. Masing-masing punyai hak untuk memilih jalan untuk dilalui bergantung pada minat individu :)
Apapun, kawalan emosi adalah yang terpenting dalam mengatasi kekangan yang dihadapi. Nda kesahlah dalam situasi baik buruk. Elakkan tekanan, kurangkan rungutan, tingkatkan kualiti pekerjaan.
.2/3 kerja yang tertimbun.
Semoga hati-hati kita terus istiQomah dalam mengejar syurgaNya
No comments:
Post a Comment