Jazakallahu Khairan

Sunday, April 11, 2010

Malaysia dan makhluk ke-4.

Mutakhir ini kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi. Rupanya bumi sudah mula didiami makhluk ke-4 selain manusia, haiwan dan tumbuhan. Jenis makhluk apalah yang bersifat teruk mengalahkan keganasan sang haiwan di hutan Amazon. Hai dunia hari ini, seiras rupa masyarakat di zaman kegelapan dahulu kala.

Baru-baru digemparkan lagi dengan kes terbaru,
Bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam tong sampah di Rawang 11 APRIL 2010 oleh pekerja syarikat kutipan sampah. Apalah punca yang melunturkan sifat keibuan seorang manusia sehinggakan bayi tidak berbalut dosa ini ditinggalkan berbalut surat khabar.

Mungkin individu yang belum bersedia menjadi ibu/bapa ini menunggu keprihatinan seekor gorila untuk mengutip anaknya dan kemudian dibesarkan di dalam hutan persis 'Tarzan' dalam cerita dongeng.*sigh*

Cukupkah sekadar mengkritik? Masyarakat ramai hanya tunggu, tunggu dan terus menunggu kes seterusnya..atau sudah memulakan langkah ke tahap pencegahan seterusnya?Allah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluk ciptaanNya. Kembalilah kepada undang-undang yang telah Dia tetapkan.

Sebelum Terlena

Muhasabah sebelum memelapkan mata

Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu
Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosaku
Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahmu
Andainya esok bukan milikku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku
Dengan sutra kasih sayangmu
Agar lena nanti kumimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi kurasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujudku menghambakan diri
Akan kuteruskan pengabdianku padamu

Sunday, April 4, 2010

Mesyuarat Agung KRUKK kali ke-3 + Qiam KRUKK bulanan

Tarikh: 03-04 APRIL 2010
Tempat: Masjid Universiti Malaysia Sabah


Kelab Remaja Ukhuwwah(KRU) Kota Kinabalu sekali lagi dengan izinNya berjaya mengadakan program qiamullail untuk kali yang ketiga pada tahun 2010. Tema yang menjadi pilihan pada kali ini adalah "Dakwah".

Para peserta yang hadir di'isi'kan dengan ilmu-ilmu berkenaan dakwah secara teori. Kuliah dasar yang disampaikan oleh timb. presiden Persatuan Siswazah Sabah sendiri iaitu sdra. Mohammad Nadir al-Nuri cukup untuk membuka minda para hadirin untuk memahami tuntutan dalam berdakwah merangkumi adab-adab dan ciri-ciri seorang daei. Di samping itu, slot 'Mengajak Kebaikan, Mencegah Kemungkaran' yang disampaikan oleh sdri. Nik Nurul Syuhada' turut memberi ruang kepada para hadirin untuk lebih memahami konsep dakwah sebenar.
Pada program kali ini KRUKK juga telah mengadakan agenda khas iaitu Mesyuarat Agung Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Kinabalu Kali Ke-3 bagi memperkenalkan pucuk pimpinan KRUKK yang baru sesi 2010/2011.
SPR menjaga kelancaran semasa sesi undian dilakukan.

Untuk pengetahuan, berikut adalah pimpinan KRUKK bagi sesi 2010/2011.
Majlis Tertinggi:

Pengerusi: Mohd. Shahfieq bin Sabdin

Timb. Pengerusi: Nurul Insyirah binti Sunoto
Setiausaha Agung: Rusneyni Rumzi
Bendahari: Nur Suhaila Lani

AJK pelaksana:


Muslimin
1. Mohd. Hannafi bin Mohd. Muktah
2. Zainald bin Zainuddin
3. Muhammad Aiman bin Osman
4. Azmeer bin Zainuddin

Muslimat

1. Irawan Ridduan
2. Nur Hidayah binti Zamdee
3. Nurul Huda Maidin Li
4. Syaza Syafeeqah
Semoga amanah yang diberi dapat dijalankan dengan sebaiknya bagi melahirkan remaja Islam yang lebih berkualiti. Diharap pimpinan baru kali ini dapat membuat perubahan dalam meningkatkan kualiti KRUKK, di samping menyambung matlamat KRU meluaskan empayar khususnya di kawasan Kota Kinabalu. Tahniah buat insan yang terpilih! Insya-Allah, jumpa lagi diprogram akan datang..

Belakang dari kiri: Suhaila, Huda, Rusneyni, Insyirah, sdri. Azie (PIC), sdri. Syuhada'(PSS), Hidayah
Depan dari kiri: Aiman, Hannafi, Shahfieq, sdra. Al-Amin (PIC)

Wednesday, March 24, 2010

Perubahan Tarikh Qiam KRUKK.

PENGUMUMAN!!

Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Kota Kinabalu memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.

Program Qiamullail yang seharusnya dilaksanakan pada minggu ini ditunda ke minggu hadapan atas sebab-sebab tertentu. Berikut adalah butirannya;
Tarikh : 3-4 APRIL 2010 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 5 petang(3 APRIL) - 10.30 pagi (4 APRIL)
Tempat :Masjid Universiti Malaysia Sabah
Segala kesulitan amat dikesali. Pihak kami memohon maaf di atas perubahan masa dan tempat yang berlaku. Mohon bantuan sahabat-sahabat yang membaca untuk menyebarkan maklumat ini.

Sebarang kemusykilan bolehlah berhubung terus kepada 014-8750783 ataupun 013-5509496.

Sekian, syukran jazilan

Sunday, March 21, 2010

Pencarian Lirik Lagu.

Assalamualaikum WBT

Buat sahabat yang dikasihi kerana Allah SWT sekalian,

Selaras dengan program pelancaran secara rasmi Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) Peringkat Negeri Sabah, beberapa aturan dan langkah dinamik memantapkan kelab ini telah dilakukan. KRU akan dilancarkan secara rasmi dibawah kelolaan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) setelah bertapak dan beroperasi selama 3 tahun dalam masa terdekat.
Atas pesetujuan Pihak MT Persatuan Siswazah Sabah dan Majlis Penyelaras KRU, Insya-Allah selepas ini logo yang terbaru akan digunakan dalam setiap program-program remaja yang dianjurkan oleh KRU sendiri bagi menggantikan logo yang lama. Sekalung ucapan terima kasih buat sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam menyumbangkan idea dan cadangan-cadangan kreatif dalam penghasilan logo. Untuk makluman, tempahan baju rasmi kelab telah dilakukan dan kini hanya menunggu detik diumumkan oleh PIC (person of incharge) tidak lama lagi. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

KRU seterusnya bakal mengorak satu lagi langkah baru dengan cetusan idea mewujudkan LAGU TEMA KRU. Sekali lagi idea kreatif dan cadangan bernas sahabat-sahabat dalam mewujudkan lirik yang padu amat diperlukan. Buah fikiran berbentuk ‘point’ turut diterima.

Untuk penyelarasan bersama, lirik lagu yang dicadangkan seharusnya memenuhi tema-tema berikut atau salah satu kombinasi daripadanya:

-Ukhuwwah dan persaudaraan (WAJIB)

-Ilmu kefahaman

-Keimanan atau ketakwaan

-Keikhlasan hati

-Amal yang benar

-Kesungguhan dalam kerja

-Pengorbanan dan kepatuhan

-dll (bergantung kepada kreativiti dan cadangan anda semua)

Ringan-ringankan minda dan jemari anda,

sebarang cadangan lirik boleh diemailkan kepada:

zulhilmey@gmail.com(Pengarah program)

ATAU

yuyushira@ymail.com
(Timbalan Pengarah program)

SEBELUM 25 APRIL 2010.

Tuesday, March 16, 2010

Buat Sahabat KRU yang disayangi

Assalamua'laikum WBT
Salam Ukhuwah Fillah buat sahabat-sahabat KRU

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang dikasihi, atas ketetapan tertentu, logo Kelab Remaja Ukhuwah(KRU) telah mengalami proses transformasi. This is the latest one..
Harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali.
Syukran :)