Jazakallahu Khairan

Sunday, June 27, 2010

10 wasiat imam as-syahid Hassan al Banna.

Sekadar mahu berkongsi mahupun me'refresh' kembali kotak minda yang kian berdebu;

1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekali pun.

2. Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan mengecam sesebuah; dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Ikhwan Muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya… asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Erti kehidupan; Yang akhirnya cuma ada 2 pilihan.

"Kita hidup hanya sekali”

Inilah yang selalu disebut: “Enjoylah beb… hidup hanya sekali”.

Memahami hidup hanya sekali merupakan asas kesesatan umat hari ini. Kehidupan selepas mati sudah tidak ada di dalam ruang minda manusia ini. Inilah minda jahiliyyah yang bertanya kepada nabi s.a.w:

”Apakah apabila manusia mati dan sudah menjadi tulang belulang masih boleh dibangkitkan?” Mereka menganggap kehidupan hanyalah kehidupan di dunia.

Kepercayaan sesat ini pula bertunjangkan kepada ketidakyakinan kepada Allah sebagai al-Rab, al-Malik dan al- Ilah. Tidak yakin kepada Allah kerana tidak percaya kepada al-Quran . Tidak beriman dengan kitab al-Quran kerana tidak percaya kepada nabi Muhammad s.a.w. Tidak percaya kepada nabi s.a.w. ialah keranana kejahilah disebabkan kurang ilmu atau memiliki ilmu yang salah dan wujud salah faham terhadap nabi Muhmmad s.a.w.

Kehidupan yang sebenar ialah kehidupan Akhirat. Inilah yang disampaikan kepada kita oleh nabi Muhammad s.a.w yang terdapat di dalam al-Quran yang merupakan bicara Allah, Pencipta Alam ini, Pemilik Mutlaknya, Pengatur semua undang-undang dan sistem dan Ilah yang wajib disembah, ditaati dan dikasihi.

Dunia adalah sebuah perhentian dalam perjalanan menuju akhirat

Dunia adalah tempat manusia diuji dan akhirat tempat perhitungan dan pembalasan

Dunia negeri beramal dan akhirat negeri menerima balasan

Dunia tempat berjihad dan bersusah payah manakala akhirat tempat istirehat bagi manusia yang beriman dan lulus ujian Allah.

Manusia diturunkan kedunia memikul amanah, memikul tanggungjawab, membawa misi Allah dan akan dimatikan seterusnya dikembalikan kepda Allah untuk diberi pembalasan.

Dunia adalah tempat perjuangan, melawan nafsu, melawan iblis, melawan tarikan dunia, melawan fitnah kuffar dan bersabar terhadap hasad dengki orang-orang fasik.

Ujian bermula sejak di alam nutfah, berjuta-juta benih sudah mati sebelum berjaya menembusi sebutir telur untuk memulakan sebuah kehidupan. Kehidupan di alam rahim memberi bebanan, keperitan, kesengsaraan hidup seorang ibu yang bakal melahirkan seorang khalifah adalah satu kepayahan, kepayahan hidup diusia bayi, karenah zaman kanak-kanak, zaman remaja dan ujian tanggungjawan diusia remaja, meniti umur di usia tua dan kembali kepada Allah membawa dosa membawa reda.

Ibu bapa yang berjaya menyediakan bayi-bayi ini untuk memikul bebenanan khalifah telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga.

Inilah erti kehidupan; Ia hanya medan ujian Allah untuk memilih ahli syurga atau neraka.

Kehidupan ini penuh misteri, kejahilan, kegelapan, kezaliman hingga pada diri sendiri tetapi Allah yang mencipta kehidupan ini telah mengajar ilmu, menerangi hidup dengan cahaya hidayah. mehapuskan kezaliman dengan mengajar hakikat Tauhid kepda Allah dan menceritakan hakikat kehidupan sebenar..

Namun hingga kini masih ramai manusia masih kabur, gelap, tidak mengerti, tidak memahami, tidak tersedar, terlena, terleka, diheret taufan nafsu, ditipu fatamorgana dunia dan merasa cukup beramal untuk diri sendiri…

Saturday, June 5, 2010

Aku Cinta Padamu....

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah.. kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan

Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai Aku? Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu. Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?
Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.

Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta,adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.

Dia bertanya lagi, jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.

Dia menyambung lagi persoalanNya, jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu? Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.

Dan... Dia terus betanya lagi, adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi,

kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa? Aku jawab, kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum. Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku? Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku.

Dia sambung lagi, Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencari Kuhanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepada Kusedangkan kamu tidak setia kepadaKu? Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu?Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan...atau alasan...namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.

Dia berkata-kata lagi...
Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini,tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.

SambungNya lagi, Kini... adakah kamu menyintaiKu? Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini? Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...kemudian Dia menjawab, Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.

Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?Dia menjawab Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya....